A German Muslim scholar when he was asked about TERRORISM and Islam. He said. “Who started the first world war? Not Muslims!! Who started the second world war? Not Muslims!! Who killed 6 million Jews in the Holocaust ? Not Muslims. Who killed about 20 millions of Aborigines in Australia ? Not Muslims!! Who sent the nuclear bombs of Hiroshima and Nagasaki? Not Muslims!! Who killed more than 100 millions of Indians in North America? Not Muslims!! Who killed more than 50 million of Indians in south America? Not Muslims!! Who took about 180 millions of African people as slaves and 88% of them died and were thrown overboard into Atlantic ocean? Not Muslims!! No, NOT Muslims!! First of all, You will have to define terrorism properly. If a non-Muslim does something bad. It is crime. But if a Muslim commits the same. He is a Terrorist. So first remove this double standards. Then come to the point. I am proud to be a MUSLIM !! ARE YOU?? SPREAD THIS Message & don’t BREAK THE CHAIN!!
Zikir.
YANG SERBA CANGGIH DALAM DIRI INSAN
Ruh…..
Ruh kita itu pada alam latiff (halus dan lembut lagi seni) yang tiada padanya rupa dan warna yang boleh dilihat dgn mata kepala. Sebab itu Allah menciptakan ruh lebih dahulu dari jasad dua ribu tahun lamanya.
Ruh itu cantik, hening dan bening.
Perbandingan Ruh dgn jasad seperti halus dan kasar, terang dan gelap..
Ruh rupanya sama seperti kita, tetapi sempurna cantik kejadiannya tidak terjejas dgn apapun, tiada dimakan usia.
Semua makhluk mempunyai ruh termasuk tumbuh-tumbuhan, para jin punya ruh, malaikat juga punya ruh.
Apabila Ruh masuk kepada mata kita, maka boleh kita melihat, masuk ruh pada telinga, maka berfungsi telinga kita untuk mendengar
Ruh itu jauhar iaitu sgt berharga.
Apabila keluarnya ruh jadi jasad maka pulanglah ia kekampung asalnya sebelum ini kepada tempat ia dikumpulkan.
Bergantung kepada keadaan jasmaninya ketika hidup apabila bersih jasmaninya maka kembalilah ia.
Tersekat ruh itu disebabkan tidak sempurna dlm syariat ketika didunia.
Apabila syariat itu betul maka tercapai jualah akan hakikat dan makrifat..Sangat sedikit mereka yang sampai (Wushul) kepada Allah..Iaitu para auliya solehin yang menjaga tubuh kasarnya dari melanggar laranganNya..
Terdapat padanya empat perkara:
Pertama: Apabila ia ada didalam alam kabir (alam yang tiada terlihat 7 petala langit dan 7 petala bumi) pada Taayin Awal, iaitu hakikatnya pada Alam roh, dinamakan “Anfas”.
Kedua: Apabila turun kepada bapa dinamakan ” Nufus”.
Ketiga: Apabila menjadi nuthfah (gugur didalam rahim ibu) dinamakan “Tanaffas”
Keempat: Ketika zahir dari perut ibu (keluar kedunia) dinamakan nafas..Nafas itulah sesuatu yang Jauhar iaitu sangat berharga merupakan Rahsia Allah yang masuk kedalam badan dan keluar dari badan.
Jika seseorang itu tidak mengetahuinya, maka dinamakan orang jahil..Tiada mengetahui bahawa Allah menyatakan sifatNya, AsmaNya, Af’alnya.
Akibatnya tiada mendapat kemuliaan disisi Allah Taala dunia mahupun akhirat..Beramal semata2 mempunyai tujuan, semata2 hendak mengejar SyurgaNya, semata-mata takut akan nerakaNya..tiada mengenal akan yang empunya sebenar-benar.
Sementara nama Anfas itu ialah tiada masuk ke dalam badan. Manakala nama Tanaffas itu tiada keluar daripada badan. Nufus itu pula tetap diluar badan. Satu-satunya yang boleh dirasai ialah Nafas yang keluar masuk dari dalam dan luar nafas..
Hadith Riwayat Aisyah:
” Sebaik zikir itu zikir nafas”
Ruh itu Jauhar
Nafas itu juga Jauhar (sesuatu yang sangat berharga)
Jangan pula kita menyangka nafas itu adalah Allah (Maha suciNya Dia)
Sabda Nabi SAW:
“Adalah setiap manusia itu hidup didalam akhirat dengan Tanafas”
Setakat ini perkongsian dalam Pengajian Tauhid Kitab Qamarul Huda….. Selebihnya rujuklah mursyid masing-masing..Jika masih belum punya Mursyid banyakkanlah selawat sehingga bertemu guru yang Mursyid itu (kerana selawat itu sebagai pembukaan yang nyata), mudah-mudahan dlm tempoh sebelum bertemu itu Allah dan RasulNya sebagai Mursyid kita..Wallahutaala a’lam
Doa pagi.
Assalamualaikum wbt… 🌾😃🌾🌿🌱🍀☘🌵🌳🌲 DOA PAGI Hari
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami..yang sedang sakit,mohon angkatlah penyakitnya ya Allah…Berikanlah kesembuhan untuknya..Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami,Yang kesulitan rezki,Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki..
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu…Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar..Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu..Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan.
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya..Sombong, iri hati, dengki dan dusta..Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah..
Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan…Bukakanlah pintu hatinya..agar memaafkan kami..
Ya Allah,
ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami, dosa rakan rakan kami, dosa jiran jiran kami dan dosa kaum Muslimin dan muslimat.Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani
Aamiiin Ya Rabbal Alamiin..
Malaysia.
Darurat.
Join group WhatsApp.
Keras dan tegas.
Rezeki.
REZEKI KURMA BUSUK
Jika tiba-tiba rasa ‘down’ sekejap dengan bisnes, saya selalu akan ingat kembali akan Abdul Rahman bin Auf dengan kisah kurma busuknya.
Kata Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk surga akhir sekali kerana terlalu kaya.
Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama.
Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal.
Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat r.hum tadi dengan harga kurma bagus.
Kesemuanya bersyukur..Alhamdulillah..kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf.
Sahabat gembira.
Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira.
Semua happy!
Sahabat lain gembira sebab ada sales.
Abdul Rahman bin Auf r.a pula gembira sebab…
jatuh miskin!
MasyaAllah..hebat kan?
Cuba kalau kita?
Bisnes goyang sikit, pakat teriak tak tentu arah dah.
Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk surga dulu.
Ye lah, sebab sudah miskin.
Namun.. Subhanallah..perancangan Allah itu memang paling terbaik.
Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk.
Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah KURMA BUSUK!
Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa.
Allahuakbar..
Jadi..yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk?
ALLAH swt lah yang Memberi Rezeki.
Ibrah dari kisah ini sangat special buat saya sebab ia buat saya sangat YAKIN bahawa rezeki itu totally dari Allah. Bukan sebab bisnes kita itu sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik yang akan beri kita sales yang banyak.
Kadang-kadang, KEYAKINAN dalam hati kita itu yang belum cukup kuat dan bulat…
ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين
We plan,
but Allah has also planned everything for us.
If something goes wrong, it went wrong for a good reason.
Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sahabat yang sedang diuji perniagaannya..
———————————-
Sila share..😉
Jaga 5 waktu.
Tutup.
Kita Tetap Dihumban Ke Neraka Walaupun Tidak Pernah Meninggalkan Solat 5 Waktu.
Sekadar renungan dan peringatan bersama…. 🙂
Para Malaikat menyeretnya melalui orang ramai, menuju ke arah api neraka yang menjulang2. Dia menjerit sekuat hati dan tertanya2 jika ada mana2 orang yang mampu membantunya.
Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia sering membantu ibu bapanya. Bagaimana dia tidak pernah tinggal puasanya, tidak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca al-Quran.
Dia terus menjerit lagi, namun tiada seorangpun tampil membantunya. Para malaikat terus mengheret dia. Dan… mereka semakin hampir dengan kawah api neraka. Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat…
Tidak! Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa2 mereka”
Dia menjerit lagi sekuat tenaga:
“Solat saya? Solat saya? Doa saya?”
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan terus mengheretnya ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang terasa menyambar mukanya. Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke dalam kawah api. Dia mandapati dirinya terus melayang dan akhirnya jatuh ke dalam kawah api neraka yg menjulang tinggi selama 70 tahun.
Setelah 70 tahun sengsara dibakar api, tiba2 terasa tangannya diraih oleh satu lengan. Dia ditarik kembali ke atas. Apabila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya.
Lelaki itu kelihatannya sangat daif. Sambil menyapu debu di tubuhnya dia bertanya lelaki tua itu:
“Siapakah anda?”
Orang tua itu menjawab: “Aku lah solat anda”
“Mengapa kamu begitu lewat bantu saya? Wahai solatku, saya telah terjunam ke dalam neraka selama 70 tahun! Kenapa setelah tubuh saya hangus dan hampir berkecai baru kamu datang selamatkan saya?? Kenapaaa…?.”
Orang tua itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, dan berkata:
“Adakah awak lupa? Selama hidup di dunia dulu awak sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!” “Setiap kali Maghrib awak beri tumpuan pada drama tv dulu..
“Zuhur awak lewat. Awak utamakan kerja dari saya. Asar dan Subuh selalu di hujung waktu. “Awak ingatkah itu semua??”
Jerkahan lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur…Dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari tidur. Seluruh tubuhnya basah oleh peluh ketakutan…
Ketika itu juga dia mendengar laungan azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu Solat Subuh.Dia bangun dengan cepat dan mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.
Kongsikan kisah ini kepada keluarga dan kawan2 anda. Mungkin anda boleh membantu mereka agar tidak melengah2kan solat lagi….
(-Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang)





